Rahsia lima..?

Cuba tengok jari-jemari anda. Genggam kuat2 dan angkat ke atas sambil laungkan.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan jari kedepan dlm keadaan terbuka dan renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
Letak tangan anda atas meja, perhatikan. Mula dari jari kelinking yg kecil dan kerdil, mcm manusia dan apa benda pun akan bermula dari kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang kita lakukan, semua mula dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri kesan yg besar pada masa depan.
Kemudian tengok jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja, semuanya sweeet.. manis macam saya!heh..Oops! manis mcm jari manis lah. Masa remaja kita selalu diduga dgn cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status dan ekonomi & career yg stabil tapi kita kena berhati-hati sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.
Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk tengok bagaimana Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation, jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan a great mind.
Akhir sekali renung la ibu jari - besar / gemuk dan pendek berbanding dgn jari lain but it shows kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari; nak genggam/ pegang something cukup susah, nak pegang sudu pun susah.
To young generation (mcm anda & saya lah), nak buat apa2 rujuk la kat org2 tua / berpengalaman (ibubapa atau guru2). Kalau kita patuh pada petunjuk mereka,then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up. Itulah rahsia kejayaan kita.
Tengok semua jari anda dan renungkan / fikirkan dalam2. Di mana anda sekarang?
Bersyukurlah kita kerana dikurniakan tangan yg sempurna. =)
Comments
Post a Comment