Bungkus Vs Tutup

بسم الله الرحمن الرحيم 


Situasi 1

Aisyah: Ahmad, cuba teka apa yang aku tengah bungkuskan?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mana kau tahu?
Ahmad: Aku nampak nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tahu kau memang jual nasi lemak.
Aisyah: Ok. Cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit?
Ahmad: Alaaa lagi senang. Mestilah banyak.
Aisyah: Haaa? Macam mana pula kau boleh tahu?
Ahmad: Tengok bentuk & saiz pun dah boleh tahu. Bungkusan besar, banyak. Bungkusan kecil, sikit.
Aisyah: Betul jugak kan. Pandai pun kau. 
Ahmad: Bukan aku yang pandai, kau yang tak berapa pandai. Haha.
Aisyah: Chey. Kau lah yang pandai.

Situasi 2

Aisyah: Ahmad, cuba teka aku apa yang ada disebalik tudung saji ini?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad:Telur dadar?
Aisyah: Pun salah.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Teka lagi.
Ahmad: Sup Ayam?
Aisyah: Salah lagi. Takkan tak boleh teka?
Ahmad: Habis tu? Mana lah aku tahu apa yang kau tutupkan tu.
Aisyah: Nasi lemak lah, Ahmad. Sekarang, cuba teka banyak ke sikit?
Ahmad: Mana aku nak tahu. Malas la nak jawab.




My dearest ladies in Islam, pilihlah sama ada mahu tutup or bungkus aurat.
Allah mengetahui segala yang berlagu dan bergema dalam ruang hatimu.

Ingat! Niat biar betul. :)

Pls refer to Surah Nur; Ayat 31 if you need any reminders. Wallahu A'lam.

Comments

Popular posts from this blog

It's not Sabr or Shukr, but Sabr and Shukr

Meaningful Mondays