Tidak Pernah Jemu



Sedar tak sedar, rupanya dah beribu-ribu kali kita solat. Beribu-ribu kali juga kita renew syahadah kita. Malah, berbulan-bulan atau mungkin sudah bertahun-tahun kita berpuasa. Ada sesetengahnya yang sudah berkali-kali mengerjakan umrah atau naik haji.

Seandainya kita fokus pada solat, setiap hari paling tidak kita akan rukuk 17 kali, 34 kali sujud, 5 kali mengangkat takbiratuliharam dan memberi salam. Bukan itu sahaja, malah kita mengulangi bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali, bertakbir hampir 100 kali, malah banyak lagi bacaan lain yang dibaca berulang kali dan tidak pernah berubah.

Pernahkah kita jemu dengan semua itu? Pernahkah jemu membaca surah dan ayat al-Quran yang sama? Pernahkah jemu bertawaf dan menunaikan rukun dan umrah yang lain? Tidak pernahkan?

Hakikatnya ibadah itu makanan roh yang amat diperlukan dari semasa ke semasa. Makin dikerjakan ibadah wajib, makin terasa lazatnya, malah mungkin makin 'ketagih'.

Ibadah tidak pernah menjemukan.
Yang jemu itu hanyalah hati yang kian jauh daripada rahmat Allah s.w.t.....
Yang jemu itu hanyalah hati yang terlalu mencintai dunia....


 

Wallahu A'lam.
Dipetik dari Majalah Solusi :)

Comments

Popular posts from this blog

It's not Sabr or Shukr, but Sabr and Shukr

Meaningful Mondays