Bukan perkara remeh...
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
( من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا ، نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة ، ومن يسّر على معسر ، يسّر الله عليه في الدنيا والآخرة ، ومن ستر مؤمنا ستره الله في الدنيا والآخرة ، والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه ، ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما ، سهل الله له به طريقا إلى الجنة ، وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله ويتدارسونه بينهم ، إلا نزلت عليهم السكينة ، وغشيتهم الرحمة ، وحفتهم الملائكة ، وذكرهم الله فيمن عنده ، ومن بطّأ به عمله ، لم يسرع به نسبه ) رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.” (Muslim)
.........Kerana Allah telah menjaga aibmu sebaik-baiknya walau dirimu belum menjadi sebaik-baik hamba. Jika Dia berkehendak segala aibmu pasti tersebar ke merata dunia hanya dengan sesaat.
Namun atas rahmatNya, rahsiamu masih tersimpan rapi dalam penjagaanNya.
Andai Dia sebaik-baik pelindung aibmu, jadi biarlah kita menjaga rapi aib saudara kita yang lain, sebaik mungkin...
Andai Dia sebaik-baik pelindung aibmu, jadi biarlah kita menjaga rapi aib saudara kita yang lain, sebaik mungkin...
Sungguh, sebaik-baik RAHSIA yang tersimpan itu adalah bersama Allah....... :)
Comments
Post a Comment