Ahlul Jannah, InsyaaAllah....




Orang yang bertudung labuh atau berpurdah; di dunia hilangkan pujian dan pandangan manusia pada bahagian rambut, leher, bahu dan dadanya. Namun, di akhirat Allah puji dan insyaAllah beroleh Syurga.

Ditanya kenapa patut dapat Syurga?
Kerana tolong menjaga mata sekaligus mengawal nafsu lelaki. Lelaki yang terkawal nafsunya itu telah berjaya menjaga dirinya dan tenang menjaga agama, bangsa dan negaranya.

Orang yang tidak bertudung atau bertudung singkat walaupun dia sangat baik, di dunia berjuta pujian dia dapat. Makin terdedah makin dipuji, makin diminati, makin popular. Namun, di akhirat popularitinya merudum malahan terkenal sebagai yang disebut-sebut calon ahli neraka.

Ditanya kenapa patut dapat Neraka?
Kerana aset dan auratnya yang terbuka di dunia, lelaki menjadi gundah gulana. Tergoda, nafsu bermaharajalela. Lalu lelaki-lelaki tersebut yang memimpin dunia serta agama mula membuat onar. Dari sekecil-kecil ngurat menjadi zina kepada rasuah serta pembunuhan. Skandal demi skandal. Hancur dunia kerana wanita. Gara-gara nafsu lelaki yang tidak tenang bergelojak. Akibat mata yang tercemar tidak terjaga.
 
 
— Syabab Musafir Kasih
 

Comments

Popular posts from this blog

It's not Sabr or Shukr, but Sabr and Shukr

Meaningful Mondays