Sarung tanganmu dan aku...



Sebab teguran itu, saya menjadi lebih peka. Alhamdulillah.
Sungguh Allah ketemukan insan-insan mulia ini utk mengingatkan manusia yg sering alpa dan lupa seperti saya sendiri...
 
Saya pernah ditegur seorang akh yg juga senior saya semasa di madrasah. Teguran mengenai sarung lengan/tangan muslimah. Nampak remeh kan... Tapi sungguh terkesan.
 
Pada waktu itu, kami ada meeting di madrasah. Pakaian saya seperti biasa, yg menutup aurat cuma....pada hari itu saya terlupa untuk memakai sarung tangan. Saya tak ingat atas sebab apa saya lupa, tapi saya rasa disebabkan saya dah lambat dan lumrah manusia yang sering sangat lupa sesuatu. (saya ni agak pelupa orangnya hehehe...)
 
Sampainya di madrasah, saya agak panic kerana rasa kurang selesa. Kalau meeting akhowat je, kurang sikit rasa risau tapi ini ada ikhwan. Hmm. Dah saya tak ada pilihan lain, saya pun pandai2 lah jaga...
 
Boleh dikatakan saya 'berjaya' jaga sepanjang meeting itu....tapi setelah selesai, datanglah seorang akh dan dia menegur saya. Dia terperasan saya tak memakai sarung tangan dan terus nasihatkan untuk tidak lupa pakai sarung tangan. *maluuu* Kan lengan itu jatuh dalam bahagian aurat wanita jadi kalau baju yg dipakai tak mampu nk tutup lengan dengan sempurna, sarung tanganlah jadi pembantu. Sungguh akh ni prihatin tentang aurat wanita. Tanpa segan silu, dia berani utk tegur. Amar ma'ruf ni :) Allah yubaarik fiik.
 
 
 
 
Boleh dikatakan ramai lagi akhowat di luar masih belum biasa dgn sarung tangan.
Di madrasah wajib pakai, tapi bila di luar terus tidak lagi kelihatan. Sedih. Sedih sgt...
Kenapa tak pratikkan benda yg baik ini? Pelik. Sungguh pelik....

 
 
Asma binti Abu Bakar telah telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah; “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (HR. Bukhari & Muslim)
 

Mesti ada sebab kenapa madrasah wajibkan memakai sarung tangan. Sudah terang lagi bersuluh, aurat wanita merangkumi semua kecuali muka dan telapak tangan. Bukankah ini menunjukkan tangan adalah aurat?
 
Seperti yang telah saya lalui, tak semua baju dapat menutup aurat tangan kita dgn sempurna. Baru angkat sikit, dah nampak tangan atau kulit yg gebu tu. Pergerakan kita, akhowat, byk guna tangan. Oleh itu, kita haruslah jaga aurat kita daripada dilihat yang bukan mahram. Panas dan leceh ini semua alasan yg tak patut dihiraukan. InsyaaAllah, kalau kita jaga kerana Allah, Allah akan jaga kita.
 
Sarung tangan tak mahal kot. Sesiapa yg mmg tak mampu, saya boleh beri majjaanan! Renungkanlah.... Kita start simple kay. Kheir insyaaAllah.
 

"Stokin tangan itu membuatkan dirinya lebih cantik dan eksklusif di sisi Tuhan :) Moga awak kekal begitu."

Comments

Popular posts from this blog

It's not Sabr or Shukr, but Sabr and Shukr

Meaningful Mondays