Kas Saif | Seperti pedang

 
 Saat saya sedang bersemangat dan hati berkobar-kobar untuk masuk Universiti tahun depan, saya terjumpa artikel ini. Tersentak. Betul kata penulis. Remaja ada banyak sangat masa. Sedangkan sekarang sedang tunggu nk masuk U pun, kita ada banyak masa. Allah...

Tak perlu tunggu tahun baru untuk resolusi baru. Jom mula sekarang!
InsyaaAllah kalau mula sekarang, dah masuk U nanti dah terbiasa untuk luangkan masa dgn baik dan isi masa dgn perkara yang berfaedah. Kheir, insyaaAllah :)

Rakan saya, Yasin, merupakan bekas pelajar di universiti saya di Kanada. Sekarang beliau sudah bergraduasi, bekerja, dan berumah tangga. Kadang kala, beliau akan melawat universiti lamanya dan kadang kala kami akan berjumpa untuk bersembang-sembang.
 
Beliau merupakan salah seorang alumni university yang saya hormati. Saya fikir, masa yang beliau habiskan di university tidak sia-sia. Beliau aktif dalam kampus dengan pelajaran dan aktiviti-aktiviti Islamik. Tetapi, beliau tetap rasakan bahawa masanya boleh dimanfaatkan lebih lagi.
 
Beliau pernah berkata kepada saya, “Selepas graduasi, masa akan rasa semakin sempit. Apabila diimbau kembali memori di universiti, kita sebagai pelajar universiti sebenarnya mempunyai banyak masa.”
 
Saya agak terkilan dengan kata-katanya. Saya mempunyai banyak masa? Benarkah?
Sebagai pelajar universiti, saya sedia maklum bahawa masa saya agak sempit dengan pelajaran dan aktiviti-aktiviti tambahan seperti aktiviti kelab. Tetapi beliau memberikan gambaran bahawa sebagai seorang pelajar, masa kita begitu luas dan lapang.
 
Saya mengambil kata-katanya sebagai juadah refleksi dan setelah itu, saya dapat merasakan kemanisan hikmah di sebalik kata-katanya. Beliau berbicara berdasarkan pengalaman, bukan angan-angan. Beliau sudah melalui penat lelah universiti dan sekarang beliau sedang meniti realiti kehidupan di sebalik dinding dewan kuliah.

Maka saya tunduk kepadanya (sebab darah muda cepat melenting) dan mengambil kata-katanya sebagai teladan.
 
Ada benar kata-katanya itu. Apabila difikirkan kembali, masa di universiti memang lapang walaupun dengan kesibukan pelajaran – menghadiri kelas, menyiapkan assignment, dan menduduki peperiksaan. Mungkin ada yang agak terkejut dengan kenyataan ini, tetapi jika dilihat dalam kerangka yang luas dan menyeluruh, memang benar – kita mempunyai masa lapang yang banyak.
 
Inginkan bukti? Cuba bandingkan masa kita dengan masa ibu bapa kita.
 
Ibu bapa saya bekerja sebagai pensyarah universiti – itu sahaja pun sudah cukup sibuk. Tambahan pula, mereka mempunyai enam orang anak yang menjadi tanggungan mereka – bertambah lagi kesibukannya. Tambahan pula lagi, mereka harus menguruskan hal kewangan rumah dan kenderaan dengan bil-bilnya – bertimbun lagi kesibukannya.
 
Saya pula? Kesibukan saya hanya kepada pelajaran sahaja. Kadang kala akan menolong dengan urusan rumah seperti mengemas, membasuh, memasak, dan sebagainya. Itu pun sudah cukup untuk membuatkan saya merungut, padahal saya tidak perlu risau tentang bekerja, bil-bil rumah, dan menjaga enam orang anak.
 
Bagi kebanyakan kita, kesibukan kita hanya tertakluk kepada pelajaran. Mungkin ada sesetengah kita yang mempunyai kesibukan dengan kelab-kelab di universiti. Mungkin ada segelintir yang mempunyai kesibukan rumah tangga dan pekerjaan, di samping pelajaran.
 
Tetapi bagi kebanyakan pelajar (dan remaja secara amnya), kesibukan kita tidak banyak.
 
Mereka yang tidak sibuk, akan rasa kelapangan. Tetapi, mana mungkin kita boleh selesa dengan kelapangan memandangkan masa yang berlalu tidak akan kembali dan masa yang akan datang belum pasti?
 
Masa ibarat duit. Kumpul banyak-banyak tiada faedah. Faedahnya hanya terasa apabila kita belanja, dan belanja dengan baik.
 

Aiman Azlan
8 November 2013
Mississauga, Canada
 
 
Wallahu A'lam.

Comments

Popular posts from this blog

It's not Sabr or Shukr, but Sabr and Shukr

Meaningful Mondays